Mangsa tebusan bapa saudara stabil
KULIM - Mangsa tebusan yang dikurung bapa saudara dalam tandas selama kira-kira lima jam di Taman Serai Wangi semalam, dilaporkan stabil.
Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun itu cedera di leher dan belakang badan akibat torehan pisau.
Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, mereka sekeluarga tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.
"Dia (mangsa) dalam keadaan baik. Buat sementara waktu ini kami tak dapat beri sebarang kenyataan sebab tak mahu ganggu siasatan polis.
"Tengoklah beberapa hari lagi macam mana (beri kenyataan)," katanya kepada Sinar Harian.
Sinar Harian hari ini melaporkan seorang penagih dadah mencederakan mangsa dengan pisau gara-gara tidak berpuas hati dengan bapa kanak-kanak itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak tujuh tahun dijadikan tebusan
Seorang pegawai polis turut cedera ketika cuba menyelamatkan mangsa, namun suspek akhirnya berjaya ditahan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!