Pembantu utama Suu Kyi ditahan polis

Gambar fail menunjukkan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan, Aung San Suu Kyi (kanan) bersama Win Htein (kiri). - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan, Aung San Suu Kyi (kanan) bersama Win Htein (kiri). - Foto AFP
A
A
A

YANGON - Seorang pembantu utama pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi iaitu Win Htein ditangkap pada awal Jumaat, kata seorang pegawai akhbar daripada parti pimpinannya, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).

Htein ditangkap di rumah seorang anak perempuannya yang menjadi tempat tinggalnya pada waktu malam, kata pegawai akhbar itu, Kyi Toe dalam Facebooknya.

Beliau dilaporkan dibawa oleh beberapa pegawai polis dari Yangon ke ibu kota Naypyidaw dan tidak menyatakan dakwaan yang akan dihadapinya.

Htein merupakan penyokong kuat Suu Kyi yang ditahan pada Isnin lalu oleh tentera yang melakukan rampasan kuasa ke atas kerajaan NLD yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum pada lewat tahun lalu.

Tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa berikutan dakwaan berlaku penipuan dalam pilihan raya tersebut selepas NLD mencatatkan kemenangan besar sekali gus kekal berkuasa selepas memenanginya pada tahun 2015.

Htein yang berusia 79 tahun dan bekas tahanan politik menentang pemerintahan junta tentera sebelum ini.

Dianggap sebagai pembantu yang setia, beliau pernah berkata kepada media bahawa para pemimpin tentera telah membawa Myanmar ke jalan yang salah. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!