Trump tolak beri keterangan di Senat

Trump kini menginap di kelab persendirian milik beliau di Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida selepas meninggalkan Rumah Putih pada 20 Januari lalu. - Foto: Agensi
Trump kini menginap di kelab persendirian milik beliau di Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida selepas meninggalkan Rumah Putih pada 20 Januari lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis menolak permohonan Demokrat untuk memberikan keterangan pada perbicaraannya di Senat pada Selasa ini.

“Beliau tidak akan hadir pada prosiding tidak berperlembagaan itu,” kata penasihatnya, Jason Miller.

Sementara itu, peguam mewakili pasukan pembelaan beliau, Bruce Castor dan David Schoen bertindak menolak dakwaan pemecatan itu dan turut menyokong tuduhan bilionair hartanah terbabit kononnya kekalahan beliau pada Pilihan Raya Presiden 2020 disebabkan penipuan undi yang meluas.

Terdahulu, Pengurus Pendakwaan Utama, Jamie Raskin mengemukakan surat kepada Trump dan peguam beliau untuk menjemput bekas Presiden itu memberikan keterangan di bawah akuan bersumpah.

Sebagai respons, peguam Trump membalas, ”surat anda hanya mengesahkan apa yang sudah diketahui umum, anda tidak dapat membuktikan tuduhan terhadap Presiden ke-45 AS yang kini menjadi rakyat biasa.

Sebelum ini, peguam Trump dan kebanyakan senator Republikan telah mencabar perbicaraan itu dan mendakwa Senat tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes tersebut kerana penggal pentadbiran beliau sudah tamat dan tidak boleh dipecat berikutan tidak lagi bergelar Presiden. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!