China gesa WHO siasat asal usul Covid-19 di negara lain

Institut Virologi Wuhan di wilayah Hubei antara kemudahan terbaharu dikunjungi pakar WHO bagi mendapatkan maklumat untuk siasatan asal usul Covid-19. - Foto: AFP
Institut Virologi Wuhan di wilayah Hubei antara kemudahan terbaharu dikunjungi pakar WHO bagi mendapatkan maklumat untuk siasatan asal usul Covid-19. - Foto: AFP
A
A
A

BEIJING - Beberapa ahli epidemiologi China termasuk yang mempunyai hubungan rapat dengan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China sebulat suara meminta kajian lapangan sama untuk menyiasat asal usul Covid-19 diperluaskan.

“Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga perlu melakukan penyelidikan sama di negara lain.

“Mereka perlu menetapkan garis masa untuk mendapatkan sampel darah daripada pesakit yang mengalami pneumonia pada 2019 bagi mengesan mana-mana situasi mencurigakan,” lapor Global Times memetik kenyataan Ketua Ahli Epidemiologi di CDC China, Zeng Guang pada Khamis.

Pada akhir siasatan di bandar Wuhan pada minggu hadapan, pasukan terdiri daripada 13 pakar tersebut dijangka mengeluarkan laporan mengandungi beberapa petunjuk senario yang paling mungkin.

Sehingga kini, masih tidak jelas sama ada pakar WHO terbabit dapat memberikan laporan penting berhubung penemuan mereka yang dapat memberi pemahaman baharu tentang sumber zoonatik Covid-19 atau haiwan sebagai penyebar virus tersebut.

Terdahulu, ketua pasukan pakar itu, Peter Ben Embarek memaklumkan siasatan mereka mungkin tidak akan memberikan pemahaman jelas terhadap asal usul wabak tersebut yang merekodkan hampir 105 juta jangkitan.

Menurutnya, Beijing bersikap terbuka kepada mereka dan turut diberikan data yang tidak pernah dilihat sebelum ini ketika berkunjung ke Institut Virologi Wuhan, makmal yang didakwa menjadi punca penyebaran virus itu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!