Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas

Ahmad menunjukkan laporan polis ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu terhadap Tommy Thomas. -Foto Bernama
Ahmad menunjukkan laporan polis ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu terhadap Tommy Thomas. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Jumaat membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berkaitan penulisan bukunya, yang didakwa beliau memesong sejarah negara dan memperlekeh Jabatan Peguam Negara.

Beliau mendakwa penulisan berhubung Peristiwa 13 Mei 1969 dan Tun Abdul Razak yang terkandung dalam buku berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness' itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.

"Saya membuat laporan ini untuk pihak polis memulakan siasatan ke atasnya khususnya di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!