KPDNHEP berbincang dengan MKN untuk buka sektor perniagaan lain

Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mendapatkan kebenaran bagi membolehkan sektor perniagaan yang lain kembali beroperasi.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, KPDNHEP mengambil maklum dan prihatin atas rayuan pelbagai sektor perniagaan yang meminta untuk menjalankan operasinya.

“Kementerian memahami keperluan untuk membuka semua sektor perniagaan kerana ‘Economy Is Essential’.

“Kita sebolehnya mahu semua sektor perniagaan yang masih belum dibuka dibenarkan beroperasi dengan syarat semua pihak bersetuju untuk bekerjasama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan di tahap yang tinggi,” katanya.

Bagaimanapun, Alexander yang juga merupakan Ahli Parlimen Kapit berkata, keputusan tersebut bergantung kepada hasil perbincangan yang sedang berjalan itu.

Pada Khamis, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran untuk beberapa sektor perniagaan kembali beroperasi dengan SOP yang ketat bermula 5 Februari 2021 antaranya pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!