TLDM usir sembilan bot nelayan Indonesia

Bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara pada petang Sabtu.
Bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara pada petang Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Kapal Diraja (KD) Mahawangsa berjaya mengesan sembilan bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara pada petang Sabtu.

TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengesan bot tersebut kira-kira 44 batu nautika tenggara Pulau Perak ketika melaksanakan rondaan dalam Op Benteng.

“Semua bot nelayan segera beredar keluar dari perairan negara sejurus melihat kehadiran KD Mahawangsa.

“Pada masa sama, pesawat CL 415 MP Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut membantu mengusir bot tersebut,” katanya pada Sabtu.

Dalam kenyataan sama, TLDM berkata, kerjasama pelbagai agensi keselamatan di bawah National Task Force (NTF) dapat mengekang pencerobohan yang mencuri hasil laut negara.

Menurutnya, KD Mahawangsa kekal melaksanakan rondaan di Selat Melaka Utara bagi mengekang pencerobohan bot nelayan asing ke perairan negara.

"TLDM bersama 18 agensi lain sentiasa memperkasa Op Benteng dengan beroperasi selama 24 jam.

"Hal ini penting untuk memperkukuh sempadan perairan negara daripada diceroboh pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mencegah penularan pandemik Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!