Mayat lelaki ditemukan dalam parit
KULAI - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam parit berhampiran Pasaraya Econsave Senai dekat sini pada Sabtu.
Mayat lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditemukan orang ramai kira-kira jam 7.30 petang sebelum menghubungi pihak polis dan bomba.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penguasa Bomba Kanan II Abdul Malik berkata, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam parit berkedalaman kira-kira lima meter dalam keadaan terbaring.
"Pihak bomba bertindak mengangkat dan menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi tamat pada jam 8.03 malam," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!