Bayi masih bertali pusat ditinggal depan tokong
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, bayi tersebut dijumpai seorang penduduk kira-kira jam 5.20 petang.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan telefon daripada pengadu tentang penemuan seorang bayi perempuan.
"Pihak polis telah merakamkan percakapan pengadu termasuk saksi kejadian.
"Bayi tersebut telah dihantar untuk menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!