Hussamuddin antara tokoh media bincang situasi Covid-19 malam ini

Program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' yang akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam ini.
Program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' yang akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menjadi salah seorang daripada tiga tokoh media yang akan duduk sepentas bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi membincangkan topik berkaitan situasi terkini wabak Covid-19 di Selangor.

Program bertajuk 'Special Edition: Covid -19 Fight: Red Zone Selangor' itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial @realchunwai pada malam ini.

Dua lagi tokoh industri media yang terlibat ialah Penasihat Kumpulan Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai dan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Asia News Network (ANN) dan akan bersiaran pada jam 8.30 malam dalam dwi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!