Kementerian Pertahanan nafi taja Dr Suwaibah RM4 juta

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan tidak pernah menaja kos RM4 juta yang diperlukan pelari solo, Dr. Suwaibah Muhammad Nasir bagi menjayakan misi Jelajah Kemanusiaan Menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan sebaliknya hanya memberikan sokongan kepada usaha Dr Suwaibah.

"Menteri Pertahanan hanya memberikan sokongan kepada usaha Dr. Suwaibah untuk misi menawan 30 menara tertinggi di dunia dan bersedia untuk menyokong usaha-usaha baik yang dilakukan oleh sesiapa sahaja.

"Adalah tidak adil kepada mana-mana atlet menuduh sokongan kepada Dr Suwaibah sebagai berat sebelah sekiranya mereka sendiri tidak pernah cuba untuk bertemu dan mendapatkan sokongan Kementerian Pertahanan dan Menteri Pertahanan," katanya.

Pada 7 Februari lalu, Dr Suwaibah menyatakan bahawa beliau memerlukan dana sebanyak RM4 juta bagi menampung kos yang tinggi untuk menjayakan misi tersebut termasuk penginapan, tiket kapal terbang dan permohonan visa.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu yang juga Penaung Misi Keamanan telah hadir untuk merasmikan Majlis Memperkenalkan Pelari Solo Negara dan Tayangan Perdana Telefilem ‘Meigho’.

Beliau hanya menyerahkan jalur gemilang dan menyampaikan replika cek sebanyak RM51,000 tajaan GISB Holding Sdn. Bhd.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!