Syarikat, pekerja perlu berunding cari jalan penyelesaian

Twitter Parti Muda pada Ahad.
Twitter Parti Muda pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berpandangan bahawa sebagai pembeli wajar untuk bersolidariti dengan para pekerja berkaitan dengan isu pemotongan komisen dan pembayaran gaji lebih masa.

Menurut kenyataan parti itu, kejadian mogok serta tindakan melempar barangan milik pelanggan oleh kakitangan J&T Express yang tular sejak Sabtu bukan sahaja memberi kesan kepada pekerja, namun turut melibatkan peniaga kecil dan sederhana yang bergantung kepada jualan atas talian.

Katanya, barangan dan produk yang masih tersangkut, rosak dan lewat penghantaran akan memberi kesan ketara ke atas perniagaan dan reputasi usahawan kecil tersebut.

“Pembeli juga menjadi mangsa dalam hal ini apabila barangan yang dipesan lambat diterima ataupun rosak. Pada waktu kegawatan ini, setiap ringgit yang dibelanjakan nilainya amat berharga,” kata kenyataan tersebut pada Ahad.

Sehubungan itu, Muda mendesak pihak pengurusan untuk segera berunding dengan pekerja dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua.

ARTIKEL BERKAITAN: J&T Express mohon maaf

Menurutnya, jangan disebabkan hendak mengejar keuntungan, semua pihak turut menjadi mangsa keadaan.

“Pada masa sama kita rakyat boleh memainkan peranan. Sekiranya benar apa yang dituduh dan majikan berkeras kepala, kuasa memilih di tangan kita semua dan harus kita bersolidariti dengan mereka yang tertindas.

Artikel Berkaitan:

“Kita kena jaga kita kerana yang jelas pada hari ini, kita tidak boleh lagi harapkan kepada kerajaan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video pekerja syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan selepas dipercayai mogok susulan majikan mengurangkan komisen kerja.

Rakaman video berdurasi 15 saat di salah sebuah hab kurier syarikat itu turut menunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang difahamkan mengalami kelewatan penghantaran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!