Pemuda terjun laut kecewa gagal sertai polis

Mangsa (berseluar putih) berjaya diselamatkan dan di bawa naik ke darat. - Agensi
Mangsa (berseluar putih) berjaya diselamatkan dan di bawa naik ke darat. - Agensi
A
A
A

SERANG - Gara-gara kecewa gagal menyertai pasukan polis, seorang pemuda berusia 19 tahun di wilayah Banten, Indonesia hilang pertimbangan apabila bertindak terjun ke laut.

Lapor media tempatan, kejadian itu berlaku di Dermaga Dua, Pelabuhan Merak pada Ahad.

Mujur, kejadian sekitar jam 3.30 petang (waktu tempatan) itu disedari orang awam yang bertindak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Ketua Operasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Banten, Heru Amir berkata, mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa naik ke darat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa dikenali sebagai Sardian Hardi dan berasal dari Bandar Lampung. Berdasarkan pengakuan mangsa, dia memang sengaja terjun ke laut.

"Kad pengenalan (KTP) yang belum siap menjadi punca dia tidak diterima pasukan polis dan terjun ke laut kerana terlalu kecewa," ujar Heru.

Tambah Heru lagi, operasi menyelamat mangsa turut melibatkan beberapa anggota tentera dan polis. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!