Pesara tentera laut temui dompet hilang 53 tahun lalu

Grisham bersama isterinya, melihat dompet yang hilang 53 tahun lalu. - Foto Daily Mail
Grisham bersama isterinya, melihat dompet yang hilang 53 tahun lalu. - Foto Daily Mail
A
A
A

SAN DIEGO - Bekas pesara tentera laut bahagian meteorologi terkejut dan teruja apabila mendapat semula dompet yang hilang 53 tahun lalu ketika bertugas di Antartika.

Menurut laporan Daily Mail, Paul Grisham, 91, tidak menyangka dia akan menemui dompet berisi kad pengenalan diri, ID kad tentera laut, lesen memandu, kad rujukan mengenai apa yang perlu dilakukan semasa serangan atom, biologi dan kimia dan penyata cukai, yang masih dalam keadaan baik.

Dompet yang tersembunyi di belakang loker ditemui semula pada 2014 ketika proses merobohkan sebuah bangunan di Stesen McMurdo di Pulau Ross di Antartika.

Grisham dari San Diego, California melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana ramai pihak berusaha mencarinya untuk mengembalikan dompet itu.

"Mereka sangat baik kerana sudi kembalikan dompet ini.

"Ia mengimbau kembali kenangan saya semasa bertugas selama 13 tahun sebagai anggota meteorologi tentera laut di Antartika pada tahun 1960-an," katanya.

Pada masa itu, Grisham berusia 30an sudah berkahwin dan dikurniakan dua anak.

Dia juga sudah melupakan dompet tersebut dan beranggapan ia sudah hilang.

Artikel Berkaitan:

Grisham, yang dibesarkan di Douglas, Arizona, menceburi bidang ketenteraan sebagai tentera laut pada tahun 1948 dan memegang jawatan juruteknik cuaca dan kemudian berpindah ke bahagian meterologi.

Beliau bersara dari angkatan tentera laut pada tahun 1977 dan tinggal di Monterey, California, di mana isteri pertama Wilma, meninggal pada tahun 2000 dan bernikah kali kedua dengan Carole Salazar dari San Diego, pada tahun 2003.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!