Kuih Bakul Wang Kelian

No Image Caption
A
A
A

Chang Yon Chai menyusun kuih bakul yang sudah siap untuk dikukus ketika ditemui di kediamannya.

Satu kepercayaan bagi masyarakat Cina dimana Kuih bakul 'Nian Gao' membawa satu kepercayaan baik dan semakin baik setiap tahun.

Walaupun penularan pandemik COVID-19 masih belum reda, perusahaan membuat kuih bakul ini tetap dijalankan cuma jumlahnya agak berkurangan daripada sebelumnya.

Bagi peniaga kuih bakul Chang Yon Chai bersama rakan kongsinya Lau Mun, mereka membuat lima tan kuih bakul setiap tahun tetapi pada tahun ini mereka cuma menyediakan dua tan kuih bakul di kedai mereka di pekan Kaki Bukit, Wang Kelian.

Kuih bakul yang sudah siap dijual secara langsung di pasar-pasar sekitar bandar Kangar. Kuih yang diadun dari campuran tepung pulut dan gula ini dikukus selama 18 jam sehingga masak kekuningan dan ia juga boleh disimpan lama sehingga satu atau dua tahun.

Kuih bakul resepi turun temurun yang diwarisi dari ibunya sejak 40 tahun dahulu sentiasa mendapat permintaan tinggi kerana rasanya sedap kerana ia dimasak secara tradisional dan dikukus menggunakan kayu api.

Masyarakat Cina dijangka akan meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada 12 Februari ini dengan norma baharu dan sederhana berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Kedua (PKP 2.0) yang bermula pada 22 Januari lalu dilanjutkan sehingga 18 Februari ini. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Festival (LAMPU) 2024

No Image Caption
GALERI

Kolam Air Panas Selayang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Planetarium Negara

No Image Caption
GALERI

Tarikan baharu Gua Musang