Biden gesa Serbia iktiraf Kosovo

Biden ketika membuat pengumuman tentang rancangan pertama beliau untuk memulihkan semula ekonomi AS di Queen theater di Wilmington, Delaware pada Khamis. - Foto AFP
Biden ketika membuat pengumuman tentang rancangan pertama beliau untuk memulihkan semula ekonomi AS di Queen theater di Wilmington, Delaware pada Khamis. - Foto AFP
A
A
A

BELGRADE - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Ahad mendesak Serbia agar mengiktiraf Kosovo, lapor Agensi Anadolu.

"Kami tetap teguh menyokong matlamat Serbia untuk menyertai Eropah dan menyarankan anda turut sama mencapai tujuan itu.

“Ia termasuk melaksanakan reformasi yang diperlukan dan mencari jalan memulihkan hubungan menyeluruh dengan Kosovo berasaskan prinsip saling mengiktiraf," tulis Biden dalam surat yang diutus kepada Presiden Aleksandar Vucic sempena Hari Kenegaraan Serbia, yang disambut pada setiap 15 Februari.

Vucic dalam perutusan balasnya berkata, Serbia bersedia untuk meneruskan dialog dengan Kosovo, tetapi tidak akan mengiktirafnya.

Untuk saling mengiktiraf antara negara Serbia dan Kosovo tidak akan membabitkan perjanjian mana-mana pertubuhan dunia tetapi beliau faham ia adalah dasar baharu Amerika, lapor Agensi Berita Serbia, Tanjug.

"Terdapat percubaan untuk memaksa kami mengguna pakai istilah itu serta menerimanya sebagai penyelesaian akhir di Washington. Saya tetap dengan pendirian saya dan jawapan saya tetap sama," katanya.

September lalu, Serbia dan Kosovo sepakat untuk mengambil langkah ke arah kerjasama ekonomi dalam perjanjian yang ditandatangani di Rumah Putih. Serbia, bagaimanapun, berkeras enggan mengiktiraf Serbia.

Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan dari Serbia pada 2008. Kebanyakan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktirafnya sebagai sebuah negara merdeka. Bagaimanapun, Belgrade kekal dengan pendirian, Kosovo adalah wilayahnya yang berpisah dan berusaha untuk menarik balik pengiktirafan kemerdekaan itu.

Artikel Berkaitan:

Kesatuan Eropah menerajui rundingan antara kedua-dua pihak sejak hampir sedekad. Washington, yang baru-baru ini hadir untuk mencelah dalam proses itu, berharap agar kerjasama ekonomi dapat membantu mereka memulih hubungan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!