Prosiding kes salah laku seks Syed Syah Iqmal Mac depan

Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta, Oktober lalu.
Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta, Oktober lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Prosiding kes salah laku seks membabitkan seorang pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful di Mahkamah Sesyen Shah Alam yang dijadualkan 25 Januari lalu ditangguh kerana perintah kawalan pergerakan (PKP).

Peguam, Syed Amirul Syed Edrose berkata, sebutan semula kes itu ditetapkan pada 16 Mac depan.

“Tarikh baharu itu dibuat ekoran penguatkuasaan PKP bermula pada 13 Januari lalu. Ia dimaklumkan oleh mahkamah melalui panggilan telefon.

“Setakat ini, sebutan semula bagi dua lagi pertuduhan di Mahkamah Petaling Jaya yang dijadualkan 19 Februari ini masih lagi dikekalkan,” katanya.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal, 26, mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun, Oktober tahun lalu.

Sementara di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dia didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun yang juga penganggur di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini jam 11.35 malam pada 11 September 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed tak mengaku cabul, seks luar tabii terhadap penuntut kolej swasta

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!