Pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM300,000 dirampas

Habibi (dua dari kanan) bersama Ahmad Jefferi (dua dari kiri) menunjukkan pelbagai jenis dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan di kawasan parkir Flat Kepayan Ridge, Jalan Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.
Habibi (dua dari kanan) bersama Ahmad Jefferi (dua dari kiri) menunjukkan pelbagai jenis dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan di kawasan parkir Flat Kepayan Ridge, Jalan Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kegiatan pengedaran pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM300,000 di sekitar bandar raya ini berjaya dipatahkan polis pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun turut ditahan di kawasan parkir Flat Kepayan Ridge, Jalan Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisiober Habibi Majinji berkata, hasil risikan dan intipan yang dilakukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah berjaya menahan suspek dalam serbuan itu.

"Hasil soal siasat membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah yang disembunyikan di dalam bonet kereta Proton Waja yang dinaiki suspek.

"Antara dadah yang ditemui adalah syabu seberat 3,558 gram, ketamin (1,000 gram), serbuk jus (109 peket), ecstacy (746 biji), serbuk ecstacy (337 gram), erimin 5 (240 biji) dan 40 batang dadah jenis 'mushroom'," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Isnin.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Narkotik IPK Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah.

Habibi berkata, nilai rampasan keseluruhan dadah dianggarkan berjumlah RM280,088 mengikut harga pasaran dadah semasa.

"Semua dadah itu dipercayai dibawa masuk dari negeri jiran melalui jalan darat dan kurier untuk diedarkan kepada pengedar di kawasan sekitar bandar raya ini.

Artikel Berkaitan:

"Semua dadah yang dirampas ini juga turut berupaya memenuhi permintaan hampir 30,000 penagih dalam satu-satu masa," katanya.

Mengulas lanjut, Habibi berkata, siasatan juga mendapati suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadi dalang kepada sindiket pengedaran dadah dengan menghantar bekalan dadah kepada pengedar di dalam dan luar daerah ini.

"Siasatan yang dijalankan, suspek mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan ujian saringan urin didapati suspek positif katamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 Seksyen 39A(2) akta sama," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!