Strain virus Covid-19 berbeza dikesan di Sarawak
Gambar hiasan.
A
A
A
Jangkitan awal adalah dari strain Wuhan tetapi apabila Kluster Stutong dan Kluster Keranji Tabuan dikesan bulan lalu, analisis penjujukan genom yang dilakukan oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menunjukkan strain baharu serupa seperti yang terdapat di Indonesia dan United Kingdom (UK).
Bagi Kluster Pasai yang telah merebak secara meluas di banyak bahagian Sarawak, strain itu berasal dari Semenanjung dan sedikit UK.
Bagaimanapun, katanya, strain UK bukan dari jenis B117 yang sangat cepat merebak daripada virus Covid-19.
"Ia bukan mutasi dari strain UK. Ia virus pemutasian. Dan sekarang di UK, mereka bercakap tentang strain Afrika," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi penerangan secara langsung menerusi aplikasi Zoom yang dihoskan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, Clarence Ting Ing Horh di laman Facebooknya.
Sesi itu turut disertai Ketua Unit Penyakit Berjangkit Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Chua Hock Hin dan Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (PJKK) polis, DSP Ariffin Bahar yang menyentuh mengenai situasi Covid-19 di Sarawak termasuk Sibu.
"Kami masih belum tahu lagi akibat klinikal varian baharu ini. Itu mungkin menjelaskan mengapa di Sarawak kita perhatikan bahawa 40 peratus daripada mereka yang dijangkiti menunjukkan gejala sedangkan di seluruh dunia hanya 20 peratus mempunyai gejala.
"Kami memerlukan saintis, universiti dan pakar penyakit berjangkit untuk buat kajian cara apa yang kami berbeza," katanya.
Sementara itu, Dr Chua yang ditanya apakah vaksin akan berfungsi pada strain bermutasi, berdasarkan laporan berita bahawa vaksin AstraZeneca tidak berkesan terhadap strain Afrika Selatan, beliau menjawab: "Itulah sebabnya kami memerlukan lebih banyak kajian klinikal untuk benar-benar memahami semua perkara ini.
"Hanya selepas vaksin itu dilancarkan, kita dapat melihat kesan sebenar dan jika ia benar-benar berfungsi atau tidak," katanya.
Menjawab pertanyaan lain, Dr Chua menolak tuduhan bahawa kerajaan menggunakan rakyat di Belaga sebagai subjek eksperimen untuk latihan penghantaran vaksin Comirnaty Pfizer dan BioNTech ke daerah itu yang diadakan pada 29 Januari lalu.
Beliau berkata, latihan penghantaran vaksin itu bertujuan untuk menilai keupayaan pengekalan suhu -75°C vaksin Comirnaty sepanjang rantaian penghantaran, iaitu dari pihak pengilang sehingga sampai ke fasiliti perubatan yang dipilih.
Ditanya sama ada vaksin itu selamat untuk manusia, beliau berkata: "Secara umum, tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti kecuali mereka yang disuntik akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala atau demam tetapi akan hilang dalam tempoh tertentu." - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!