Hishammuddin bertemu rakan sejawat di Abu Dhabi malam ini
SHAH ALAM - Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadualkan bertemu rakan sejawatnya dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi pada malam ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Hishammuddin dalam lawatan kerja ke negara berkenaan atas undangan Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa UAE, Sheikh Abdullah Zayed Sultan Al-Nahyan.
“Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin akan membincangkan mengenai kerjasama dua hala, isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian Malaysia serta UAE," kata kenyataan tersebut.
Lawatan kerja tersebut dilakukan setelah lawatan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia dan dipatuhi sepenuhnya dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat oleh kerajaan UAE.
Pada 4 Februari lalu, Hishammuddin bertemu dengan rakan sejawatnya, Retno Marsudi semasa lawatan dua hari beliau ke Indonesia.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!