Inkues Adib: 'Jangan padam kereta terbakar, bomba pergi balik!'

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM- "Jangan padam kereta. Bomba pergi balik!" Demikian jeritan berulang kali sekumpulan lelaki India sebaik sahaja sepasukan bomba tiba untuk memadam kebakaran.

Menceritakan semula keadaan insiden itu kepada mahkamah, pemandu Fire Rescue Tender (FRT) Md Elliza Mohd Noor berkata, sejurus tiba, jenteranya dihampiri lebih 50 individu yang menghalang mereka menjalankan tugas.

"Sebaik tiba, saya nampak mereka menghampiri kami dan dalam lima hingga 10 saat ada ketukan," katanya.

Menurutnya, beliau curiga melihat pergerakan kumpulan tersebut yang menyorok tangan di belakang seolah-olah menyembunyikan sesuatu.

"Selepas ketukan di sebelah penyelia, objek seperti batu bata dan helmet dibaling ke arah cermin hadapan sehingga retak.

"Saya rasa sangat takut. Dengan spontan saya mengundurkan jentera," katanya yang merupakan saksi kedua Inkues Kematian Muhammad Adib.

Prosiding dihadapkan Koroner Rofiah Mohamad ditangguhkan dan bersambung jam 2.30 petang.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!