Belanda lanjutkan perintah berkurung sehingga 3 Mac
MOSCOW - Perintah berkurung di Belanda dilanjutkan sehingga 3 Mac, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik kenyataan dikeluarkan kerajaan.
"Langkah itu perlu diambil kerana banyak kes jangkitan varian baharu Covid-19 menular di Belanda. Ini boleh menyebabkan lonjakan jangkitan baharu," tambah kenyataan itu.
Jika terdapat sebarang perubahan baharu mengenai langkah-langkah sekatan termasuk perintah berkurung akan diumum Kabinet pada 23 Februari.
Belanda mengenakan perintah berkurung pada 23 Januari dari jam 9 malam hingga 4.30 pagi. Mereka yang ingkar akan dikenakan denda 95 euro (AS$114).
Sebelum ini, negara itu mengenakan sekatan pergerakan penuh bermula 15 Disember 2020 hingga 9 Februari 2021.
Bermula 16 Disember 2020 semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan universiti, diarahkan melakukan pembelajaran jarak jauh. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!