Penampilan baharu Rina Harun tarik perhatian netizen

Penampilan terkini Rina menjadi tumpuan warganet apabila tampil lebih langsing dan bergaya.
Penampilan terkini Rina menjadi tumpuan warganet apabila tampil lebih langsing dan bergaya.
A
A
A

SHAH ALAM - Penampilan terkini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjadi tumpuan warganet apabila tampil lebih langsing dan bergaya.

Transformasi menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga kini menjadi sensasi di Twitter apabila mendapat hampir 5,000 ciapan setakat jam 12.30 tengah hari pada Selasa.

Warganet membandingkan penampilan Rina yang jauh berbeza daripada zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) berbanding ketika menjadi menteri Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Ramai berteka teki faktor yang mendorong kepada perubahan Ahli Parlimen Titiwangsa itu dan tidak kurang juga memuji kecantikannya yang dilihat lebih muda, sihat dan tampil berkeyakinan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!