Tangkap ular sawa guna tangan

Noor Fitri menunjukkan sawa yang ditangkapnya di pasar raya berkenaan pada Isnin.
Noor Fitri menunjukkan sawa yang ditangkapnya di pasar raya berkenaan pada Isnin.
A
A
A

TEMERLOH - Tindakan berani seorang lelaki menangkap seekor ular sawa dengn tanggannya berjaya meredakan suasana kecoh di dalam sebuah pasar raya di bandar ini pada Isnin.

Mohamad Noor Fitri Jafri, 32, yang menangkap ular tersebut tanpa menggunakan sebarang alat bantuanmerupakan pengasas Pasukan Komunikasi Paramedik Pahang (PKPP).

Beliau memeiliki kemahiran termasuk menangkap haiwan berbisa.

Menurutnya, beliau menawarkan diri menangkap reptilia itu selepas melihat suasana kecoh di premis terbabit.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang apabila kakitangan pasar raya ini mendakwa mereka ternampak ular melintas di bahagian pakaian.

“Jadi saya segera perkenalkan diri dan berjaya menangkap reptilia sepanjang lebih dua meter dan berat kira-kira 20 kilogram (kg) menggunakan tangan tidak sampai lima minit,” katanya pada Sinar Harian pada Selasa.

Ujarnya, pasukan yang baru setahun ditubuhkan itu mmepunyai tujuh anggota sukarelawan yang mana masing-masing memiliki kemahiran bantuan awal kemalangan dan pertolongan cemas selain menangkap haiwan berbisa.

Beliau yang sebelum ini pernah bertugas sebagai bomba bantuan selama enam tahun memanfaatkan kemahiran dan pengalaman sedia ada untuk membantu masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!