Tablet peranti paling sesuai digunakan untuk PdPR

Peranti yang memiliki spesifikasi minimum dan sesuai untuk PdPR biasanya berharga bawah RM600. Gambar kecil: Ahmad Nurzid Rosli
Peranti yang memiliki spesifikasi minimum dan sesuai untuk PdPR biasanya berharga bawah RM600. Gambar kecil: Ahmad Nurzid Rosli
A
A
A

SHAH ALAM - Tablet merupakan peranti paling sesuai bagi menggantikan komputer riba untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang tidak memerlukan spesifikasi tinggi dan maju.

Pensyarah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ahmad Nurzid Rosli berkata, ini kerana pembelajaran dalam talian menggunakan ‘Google Clasroom’ atau ‘Google Meet’ yang tidak memerlukan peranti maju atau berspesifikasi tinggi.

Ahmad Nurzid berkata, peranti yang memiliki spesifikasi minimum dan sesuai untuk PdPR itu biasanya berharga bawah RM600.

“Peranti ini biasanya mempunyai storan minimum 32Gigabit (GB) dan memori capaian rawak (RAM) sebanyak 2GB manakala kamera juga memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.

"Kamera bersaiz 8Megapiksel (MP) untuk belakang dan 2MP di hadapan juga sesuai manakala kapasiti bateri 5100mAH sudah cukup untuk kegunaan PdPR,” ,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Bagi ibu bapa yang memiliki bajet di bawah RM1,000 pula, beliau mencadangkan pembelian peranti mengikut spesifikasi lebih maju.

“Pada harga ini, ibu bapa boleh mendapatkan tablet dengan spesifikasi 3GB RAM, simpanan storan 32GB dan kamera swafoto 5MP serta kamera belakang bersaiz 8MP,” katanya.

Ramai ibu bapa terkesan dengan kenaikan harga peranti elektronik bagi tujuan PdPR di pasaran sejak sebulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Peningkatan harga yang agak tinggi itu bukan sahaja melibatkan gajet baharu tetapi gajet terpakai.

Ahmad Nurzid berharap ibu bapa sentiasa melakukan tinjauan harga sama ada secara dalam talian atau di kedai berhampiran yang sesuai dengan spesifikasi dan berkualiti untuk kegunaan PdPR.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!