PIKOM nafi ada kenaikan harga ketara
SHAH ALAM - [LAPORAN KHAS] Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) tidak melihat ada isu kenaikan harga yang ketara untuk komputer, komputer riba dan tablet di pasaran pada ketika ini.
Pengerusi PIKOM, Danny Lee berkata, sekiranya ada kenaikan atau penurunan harga itu adalah proses normal dalam product life cycle setiap barang jualan.
“Hari ini kebanyakan gajet dilengkapi dengan keselamatan yang kukuh dan kualiti yang tinggi untuk kegunaan jangka panjang.
“Oleh itu, jika ada kenaikan harga, ini dapat dilihat dari semua ciri kualiti tambahan yang ditawarkan,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Katanya lagi, setakat ini bekalan peranti seperti komputer juga tidak menghadapi kekurangan ketara kecuali mungkin untuk stok komputer atau komputer riba jenama popular sahaja.
PIKOM yang terdiri daripada syarikat-syarikat pembangunan produk dan perkhidmatan teknologi turut memaklumkan mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai kegiatan menyorok stok gajet dalam kalangan peniaga untuk tujuan mengaut untung lebih besar.
ARTIKEL BERKAITAN: Harga gajet naik sehingga 70 peratus
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!