'West Ham tak patut tewas'
PENGENDALI West Ham, David Moyes menyifatkan skuad kendaliannya itu tidak seharusnya tewas 0-1 kepada Manchester United pada aksi Piala FA di Old Trafford pada awal pagi Rabu.
Menurut Moyes, kesebelasan The Hammers telah beraksi cemerlang di sepanjang perlawanan untuk mengekang asakan-asakan kesebelasan United sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.
Malah katanya, perlawanan berkenaan juga sepatutnya berakhir menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol sehingga tamat masa tambahan.
“Semenangnya sukar untuk kami menerima kekalahan ini, apatah lagi setelah kesebelasan pemain beraksi cemerlang di sepang perlawanan.
“Walaupun kami kehilangan beberapa pemain utama pada perlawanan ini, tetapi kami tidak seharusnya tewas pada perlawanan ini dan kami yakin berpeluang cerah sekiranya perlawanan berlanjutan ke sepakan penalti,” katanya.
Pada perlawanan berkenaan West Ham tewas 0-1 hasil jaringan pemain The Red Devils, Scott McTominay pada minit ke-97, masa tambahan.
Sementara itu Moyes mengakui The Hammers tidak beraksi dengan baik pada perlawanan berkenaan khususnya pada separuh masa pertama.
Bagaimanapun katanya, kesebelasan pemain dilihat mula mempamerkan kebangkitan pada babak kedua dan seterusnya memiliki beberapa peluang menjaringkan gol.
“Kami aku, kami berdepan dengan pasukan yang bagus, tetapi kami juga mempunyai sekurang-kurangnya dua peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada masa tambahan, tetapi ia tidak berjaya disempurnakan.
“Saya tidak mahu melihat ke belakang, terutamanya gol yang kami lepaskan; saya cuma mahu terus memandang ke hadapan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!