Perancis lanjut darurat kesihatan sehingga Jun

Parlimen Perancis meluluskan usul darurat kesihatan dilanjutkan lagi sehingga 1 Jun.
Parlimen Perancis meluluskan usul darurat kesihatan dilanjutkan lagi sehingga 1 Jun.
A
A
A

PARIS - Parlimen Perancis pada Selasa meluluskan usul darurat kesihatan dilanjutkan lagi sehingga 1 Jun, lapor Agensi Anadolu.

Rang undang-undang mengenainya diluluskan dengan memperoleh 278 undi menyokong, 193 membantah dan 13 berkecuali.

Usul rang undang-undang itu hangat dibahaskan antara anggota Parlimen sayap kiri dan kanan yang menganggap tindakan itu menyekat kebebasan rakyat.

Pada 20 Januari, Dewan Rakyat meluluskan darurat dilanjutkan sejak dikuatkuasa 23 Mac tahun lalu. Sejak itu beberapa kali darurat dilanjutkan dan dijadual berakhir minggu depan, 16 Februari.

Kerajaan berpendapat langkah itu diperlukan untuk memastikan usaha melawan Covid-19 berhasil. Setakat ini di Perancis, virus itu sudah meragut lebih 80,000 nyawa dan menjangkiti lebih 3.3 juta orang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!