Maut terjatuh ketika baiki penyaman udara

Seorang juruteknik penyaman udara maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 12 meter di sebuah kondominium di Bandar Bukit Puchong 2.
Seorang juruteknik penyaman udara maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 12 meter di sebuah kondominium di Bandar Bukit Puchong 2.
A
A
A

SEPANG - Seorang lelaki maut apabila terjatuh ketika menyelenggara penyaman udara dalam kejadian di sebuah kondominium 10 tingkat di Bandar Bukit Puchong 2, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai juruteknik penyaman udara di syarikat milik mangsa dan adiknya.

"Ketika kejadian mangsa sedang memasang dan membuka penyaman udara di rumah pelanggan mereka," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, mangsa telah keluar daripada tingkap bilik utama untuk membuka unit penyaman udara outdoor yang lama untuk digantikan dengan yang baharu.

"Lebih kurang 10 minit mangsa di luar, adiknya terdengar jeritan abangnya dan mendapati abangnya telah jatuh daripada bangunan tersebut pada ketinggian lebih kurang 40 kaki," katanya.

Menurutnya, adik mangsa kemudiannya terus menghubungi pihak Hospital Serdang.

"Hasil pemeriksaan pada badan mangsa mendapati terdapat kecederaan di bahagian kepala dan tangan kanan disyaki telah patah.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!