Durakovic tagih sorakan penyokong

Mehmed (kanan) bersama Shahrul Saad pada sidang media di Stadium Perak, di sini.
Mehmed (kanan) bersama Shahrul Saad pada sidang media di Stadium Perak, di sini.
A
A
A

[DIKEMASKINI] SOKONGAN penyokong amat diperlukan oleh pasukan Perak dalam menanti kunjungan kelab dari Hong Kong, Kitchee FC pada perlawanan Kelayakan Juara-Juara Asia (ACL), esok.

Ketua Jurulatih Perak, Mehmed Durakovic berkata, pasukannya mengharapkan sokongan seperti perlawanan menentang Kedah pada Jumaat lalu bagi menyemarakkan semangat untuk bermain.

Menurutnya, pasukan Kitchee FC bukanlah lawan mudah tetapi pasukannya bersedia mempamerkan aksi terbaik pada malam itu nanti.

"Perlawanan esok sesuatu yang mengujakan buat kami kerana ini kali pertama kita bermain untuk peringkat ACL. Perlawanan menentang Kitchee FC bukan perlawanan yang mudah kerana mereka berpengalaman dan memiliki pemain hebat.

"Kehadiran penyokong pada perlawanan sebelum ini sangat baik dan amat bagus jika jumlah itu dapat dikekalkan pada perlawanan esok. Kita perlukan sokongan peminat untuk bermain dengan pasukan hebat seperti Kitchee FC," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pra Perlawanan Pusingan Kelayakan ACL di Stadium Perak, di sini.

Durakovic berkata, perlawanan tersebut penting buat anak buahnya untuk memberi pengalaman dan peluang bermain di peringkat Asia dengan kelab-kelab terbaik.

Sementara itu, Kapten Pasukan, Shahrul Saad berkata, dia dan rakan-rakan sudahpun bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pasukan Perak perlu membuktikan bahawa mereka mampu bersaing bersama-sama pasukan hebat lain di dalam ACL.

"Bagi saya perlawanan esok merupakan perlawanan penting buat pasukan Perak kerana ini kali pertama pemain-pemain akan bermain di ACL. Ini peluang terbaik untuk pasukan Perak membuktikan bahawa kita mampu bersaing dalam ACL.

"Dah semestinya bermain di tempat sendiri kita mahukan kemenangan di sini. Kita akan berusaha habis-habisan untuk memastikan kita layak ke peringkat seterusnya," katanya.

Perak pernah bertemu pasukan dari Hong Kong itu pada tahun 2008 dalam saingan Piala AFC.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!