Di mana tempat selamat untuk isteri dan anak?

No Image Caption
A
A
A

TATKALA negara sedang bergelut mengekang dan mengurus penyebaran virus Covid-19, tiga laporan media dalam minggu benar-benar menggugat perasaan ramai pihak terutama yang memiliki cahaya mata.

Kes pertama membabitkan seorang lelaki yang mengaku bersalah melacurkan isteri dan anak kandungnya. Lebih kejam lagi, tertuduh berusia 44 tahun turut didakwa merogol anak kandungnya itu.

Hakim di Mahkamah Seksyen Klang pada Isnin kemudiannya menjatuhkan hukuman 33 tahun penjara dan beberapa nilai denda yang lain.

Namun, adakah kes itu hanya selesai di mahkamah? Sudah tentu tidak. Emosi dan masa depan si anak serta isteri malang itu pastinya kelam.

Kes kedua pula membabitkan seorang guru tadika dan suaminya yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bahru, Kelantan pada Rabu atas tuduhan mendera seorang anak angkat perempuan berusia setahun tiga bulan hingga dipercayai patah kedua-dua kaki.

Tertuduh dan pasangan yang merupakan penganggur bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan hakim.

Kes ketiga sudah pastinya melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang meninggal dunia selepas dipercayai didera ibu kandung dan bapa tirinya pada 29 Januari lalu.

Ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan bakal berdepan hukuman gantung jika didapati bersalah selepas didakwa di Mahkamah Majistret di Melaka atas pertuduhan membunuh.

Artikel Berkaitan:

Tiga kisah yang berbeza namun semua kanak-kanak itu tewas di tangan darah daging sendiri atau penjaga mereka Individu yang sepatutnya memberikan perlindungan dan kasih sayang kepada mereka akhirnya mengkhianati mereka pula.

Cogan kata ‘Kita Jaga Kita’ kali ini perlu diperkasakan. Duhai jiran, sahabat atau sanak saudara yang mengetahui berlaku ‘kecurangan’ oleh pihak yang sepatutnya memberi pelindungan, laporkan segera kepada pihak berkuasa.

Dalam keadaan sekarang, tiada siapa yang mampu menjaga kita kecuali kita sendiri tetapi anak-anak kecil masih memerlukan orang dewasa bertindak waras dan menjadi sepenuhnya pelindung yang melindungi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!