Kumpul dana melalui promosi di media sosial tidak salah

Ismail dan PU Amin (kanan) pada Wacana siri ke-230 membincangkan topik NGO:Niat Tolong Atau Saja Nak Nama? yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Selasa. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Ismail dan PU Amin (kanan) pada Wacana siri ke-230 membincangkan topik NGO:Niat Tolong Atau Saja Nak Nama? yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Selasa. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM – Usaha badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengumpul dana sumbangan dengan cara mempromosi melalui media sosial tidak salah dari segi agama.

Pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah (PU) Amin berkata, pada asasnya, tanggungjawab dan kejujuran yang ada pada setiap pengutip-pengutip sumbangan merupakan perkara penting supaya tidak menjadi fitnah kepada agama.

“Memang kita tidak nafikan bahawa setiap daripada kutipan derma yang kita dapat adalah hasil daripada promosi-promosi ataupun gambaran yang memang jelas berlaku pada waktu ini melalui media sosial dan apa sahaja yang masyarakat boleh nampak.

“Dan kalau kita melihat kerana nama dan agama itu sendiri, dan saya pun mengirakan bahawa tidak salah kalau kita menjadikan bahan iklan itu dengan kita mengajak masyarakat untuk bersedekah, menginfaq dan juga membantu mereka yang susah,” katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Siri ke-230 bertajuk ‘NGO: Niat Tolong Atau Saja Nak Nama?’ yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Selasa.

Wacana itu turut menampilkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman dan Aktivis NGO, Syed Azmi Alhabshi sebagai panelis, manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Beliau berkata, NGO berperanan untuk bertanggungjawab dan berlaku jujur pada setiap saluran dan bantuan yang diberikan.

“Ini yang kita nak perlihat sungguh-sungguh supaya tidak menjadi fitnah dan tidak menjadi kata-kata nista kepada agama yang mulia ini.

“Saya banyak terlibat dengan NGO sama ada NGO Islam ataupun NGO daripada bahagian kesihatan, dan juga dari segi kaunseling, kita sebenarnya membantu daripada apa yang ada.

Artikel Berkaitan:

“Saya banyak mempromosikan program-program dan aktiviti-aktiviti yang ada. Dan mungkin mereka berfikir kerana populariti dan orang mengenal kita itu lagi mudah untuk masyarakat menyumbang dan sumbangan itu diuruskan mengikut saluran yang betul dan sampai kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!