Aktivis wanita Arab Saudi dibebaskan selepas 1001 hari dijel

Loujain al-Hathloul. - Gambar AFP
Loujain al-Hathloul. - Gambar AFP
A
A
A

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi pada Rabu membebaskan aktivis hak asasi wanita, Loujain al-Hathloul selepas hampir tiga tahun dia dipenjarakan.

"Loujain ada di rumah selepas 1001 hari berada di penjara," kata adiknya, Lina al-Hathloul menerusi Twitternya yang turut memuat naik gambar Loujain.

Aktivis yang berusia 31 tahun itu ditahan pada bulan Mei 2018 bersama sejumlah aktivis wanita.

Loujain dibebaskan beberapa minggu sebelum larangan memandu terhadap wanita di negara itu ditarik balik.

Ia merupakan tuntutan pembaharuan yang lama diperjuangkan oleh mereka.

Pada lewat Disember lalu, sebuah mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan lapan bulan terhadap Loujain berhubung dakwaan berkaitan keganasan dan menghasut supaya perubahan rejim pemerintahan berlaku di Arab Saudi.

Dalam pada itu, keluarganya membuat kenyataan bahawa Loujain akan dibebaskan lebih awal.

"Bagaimanapun, mahkamah melarang Loujain meninggalkan negara itu selama lima tahun", kata ahli keluarganya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, keluarganya mengutuk perbicaraannya itu bermotifkan politik

Arab Saudi juga pernah mengalami tekanan antarabangsa untuk membebaskannya kata satu sumber yang rapat dengan keluarga Loujain kepada AFP. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!