Ibu sanggup bunuh anak kerana curang
LAMPUNG- Seorang ibu sanggup membunuh bayinya berusia sembilan bulan demi menutup kecurangannya dengan lelaki lain, Lapor Tribunnews.
Bayi malang itu, Kartika Suci Rahayu ditemui mati di rumahnya di Jalan WR Supratman, Teluk Betung Selatan.
Ketua Polis Teluk Betung Selatan, Hari Budianto berkata, ibu mangsa yang dikenali sebagai AO, 35, ditahan pihak polis pada Isnin lalu.
Katanya, motif pembunuhan itu jelas demi menutup hubungan sulit suspek berdua.
“Lelaki yang mempunyai hubungan sulit dengan AO turut ditahan. Mereka sudah merancang pembunuhan itu sejak dua bulan lalu.
“Mangsa diberi minum gula merah, asam jawa dan minyak ubat rambut kerana suspek risau kalau bayi yang dilahirkan itu mirip rupa skandalnya,” jelasnya. - Tribunnews
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!