Selesema babi Afrika: Hong Kong musnah 3,000 ekor babi
HONG KONG - Pihak berkuasa Hong Kong memusnahkan 3,000 ekor babi dari ladang ternakan di daerah Yuen Long susulan penemuan wabak selesema babi Afrika.
Menerusi laporan Reuters, virus yang tidak mendatangkan bahaya kepada manusia itu jarang berlaku di Hong Kong dan kali terakhir wabak tersebut dikesan pada 2019 daripada babi import hingga menyebabkan 10,000 ekor haiwan tersebut dimusnahkan.
Jabatan Pertanian dan Perikanan Hong Kong yang mengawasi penularan wabak mengatakan, ia hanya ditemui di ladang tersebut dan pemiliknya akan menerima pampasan.
Menurut kenyataan jabatan pertanian lagi, orang ramai tidak perlu bimbang dan kerajaan akan memastikan bekalan daging babi untuk kegunaan domestik diperoleh daripada sumber lain.
Demam selesema babi Afrika pernah berlaku di Hong Kong pada 2018 dan 2019.
Kerajaan menyedari kemungkinan wabak itu berlaku lagi pada musim sejuk.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!