Tunai hajat arwah suami... : Nora Ariffin

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Nora hari ini meluah rasa syukur kerana telah menunaikan hajat arwah suaminya, Johan Nawawi.

Sebentar tadi, Nora Arifin yang juga merupakan pengarah bagi Hud Hud Media Sdn Bhd (HHM) telah menandatangani perjanjian bersama Arteca Sdn Bhd (ASB) dalam pembinaan dan pembangunan animasi dan permainan.

“Alhamdulillah, saya rasa arwah suami akan tersenyum kerana projek ini asalnya adalah inisiatif beliau sendiri dan hari ini telah berjaya direalisasikan dengan terbitnya ReqaMan dan Tiny Aliens kerjasama HHM, Karangkraf dan Arteca.

“Projek ini tertangguh lebih dua tahun kerana ketika masih dalam perbincangan, Johan pergi. Jadi saya sebagai pengarah kena urus dan bentuk semula syarikat. Alhamdulillah, akhirnya ReqaMan dan Tiny Aliens kini sudah boleh ditonton di YouTube,” katanya terharu.

Projek animasi ini merupakan merupakan yang kedua selepas Ummi. Justeru, sudah pastinya Nora berasa sangat teruja.

“Kita cuba sesuatu yang lain daripada pasaran animasi yang ada sekarang dengan cara yang menyeronokkan dan menepati cita rasa audiens. Saya berharap ReqaMan dan Tiny Aliens akan mendapat sambutan. Coming soon, Puteri pula,”ujarnya bersemangat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nora luah rindu pada arwah suami...]

Ditanya mengenai produk ini untuk tayangan kaca TV, Nora memberitahu segalanya telah ada dalam perancangan dan kini masih menanti perkembangan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

“Kami bergabung dengan syarikat yang besar jadi perkembangan dan buah fikiran itu selalu sahaja ada. Insya-ALLAH, akan diumumkan satu demi satu setiap yang terkini,” akhiri Nora.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!