Bayi masih bertali pusat ditinggal di depan rumah

Bayi perempuan ini ditemui di hadapan sebuah rumah dengan hanya beralaskan kain dan kertas.
Bayi perempuan ini ditemui di hadapan sebuah rumah dengan hanya beralaskan kain dan kertas.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang bayi perempuan yang masih mempunyai tali pusat ditinggalkan atas lantai depan pagar sebuah rumah di Taman Johor di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Wahid berkata, bayi tersebut ditemui orang awam pada jam 7.30 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

"Bayi ini ditemui di hadapan sebuah rumah dengan hanya beralaskan kain dan kertas. Bayi ini memakai baju hijau putih bercorak kartun dalam keadaan sihat dengan tali pusat masih mempunyai klip putih.

"Bayi tersebut kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk pemeriksaan kesihatan dan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindalan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan bayi itu supaya menghubungi balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 075562222.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!