‘Jeneral Turun Padang’ suntik semangat anggota SJR

Mastor (kanan) memeriksa dokumen pemandu kenderaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Port Dickson, hari ini. Foto Bernama
Mastor (kanan) memeriksa dokumen pemandu kenderaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Port Dickson, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rata-rata anggota keselamatan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara hari ini disantuni oleh pegawai-pegawai kanan Ibu pejabat Polis Bukit Aman menerusi program ‘Jeneral Turun Padang’ yang diadakan dengan tujuan meningkatkan lagi semangat petugas.

Meskipun bertugas dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, rata-rata anggota kelihatan bersemangat menjalankan tugas yang diamanahkan demi keselamatan awam dan memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Di Seremban, NEGERI SEMBILAN, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mastor Mohd Ariff yang ditemui semasa meluangkan masa kira-kira dua jam meninjau pelaksanaan SJR di daerah ini berkata, moral keseluruhan anggota SJR ketika ini adalah sangat baik.

“Menerusi pemerhatian saya, mereka tetap bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Ini untuk keselamatan mereka dan keluarga mereka juga. Tugas ini adalah satu amanah pada PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan kita dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” katanya selepas meninjau Pematuhan SJR Ops Covid-19 pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata 1,028 kompaun dikeluarkan di negeri ini atas pelbagai kesalahan ingkar pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tempoh 18 Mac tahun lepas sehingga semalam (Rabu).

Beliau yang ditemui pada program penyampaian sumbangan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PRPD) Kontinjen Negeri Sembilan kepada Petugas Barisan Hadapan Covid-19 berkata, antara kesalahan utama ialah tidak merekodkan nama di premis perniagaan dan tidak memakai pelitup muka.

"Setakat semalam (Rabu) sahaja, 39 kompaun dikeluarkan, dan antara kesalahan dikenal pasti ialah merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran. Kali ini tiada lagi arahan berpatah balik tetapi kita akan terus kompaun kepada mereka yang gagal menunjukkan surat kebenaran ketika SJR diadakan," katanya.

Di IPOH, Perak, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman Datuk Kasuahdi Ali ketika ditemui di program Jeneral Turun Padang SJR Jalan Kuala Kangsar berkata, polis akan melakukan pemeriksaan dan tapisan secara teliti di peringkat balai sebelum meluluskan sesuatu permohonan untuk merentas daerah atau negeri

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata ia penting bagi memastikan tiada individu menyalah guna surat kebenaran pergi bekerja untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Tahun Baru Cina Beliau berkata pelaksanaan SJR kali ini yang dilihat lebih ketat dan tegas bertujuan memastikan usaha mengekang pandemik Covid-19 berjaya sekali gus memastikan keselamatan seluruh rakyat di negara ini terjamin.

"Semua orang terutama sekali dari kaum Tionghua akan merayakan Tahun Baru Cina ini dan juga kemungkinan kesempatan ini akan diambil oleh kaum-kaum yang lain seperti kebiasaannya untuk menikmati cuti panjang.

AKAN MENYUSUL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!