Pelajar cemerlang terharu terima kunjungan Ebit Lew

Kisah pelajar cemerlang Nurul Asma Alya yang disiarkan Sinar Harian pada Rabu.
Gambar kanan: Ebit Lew berkongsi di Facebook mengenai kunjungan ke rumah Nurul Asma Alya di Wakaf Bharu, Tumpat.
Kisah pelajar cemerlang Nurul Asma Alya yang disiarkan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kanan: Ebit Lew berkongsi di Facebook mengenai kunjungan ke rumah Nurul Asma Alya di Wakaf Bharu, Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Pelajar cemerlang yang kisahnya tular kerana tidak dapat menyambung pengajian di luar negara akibat kemiskinan terharu apabila dibantu pendakwah terkenal, Ebit Liew.

Nurul Asma Alya Mohd Zainal, 22, malah berkata, sumbangan yang diterima termasuk daripada orang ramai membabitkan kos pengajian, perbelanjaan makanan dan keperluan kini sudah lebih daripada cukup.

“Saya berbesar hati menerima komputer riba, akses internet dan tajaan pembiayaan menyambung pengajian RM40,000 oleh Ustaz Ebit Lew. Rakyat Malaysia amat pemurah dan suka menderma. Saya terima banyak sumbangan termasuk daripada kerajaan dan pemimpin politik.

“Saya amat terharu dan berterima kasih pada semua wartawan. Mohon doakan saya berjaya kelak,” katanya sebak ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Nurul Asma Alya berkata, kedatangan mengejut Ebit Lew bersama pasukan bantuan ke rumahnya di Kampung Banggol Petani, Wakaf Bharu di sini pada pagi Khamis itu sekali gus menukarkan angan-angannya bertemu penceramah bebas tersebut menjadi kenyataan.

“Saya tidak tahu menahu beliau nak datang. Apabila tengok beliau berdiri depan pintu, ibu saya tiba-tiba menangis kerana gembira menyebabkan saya turut sama menangis.

“Saya terinspirasi dengan Ustaz Ebit Lew yang banyak membantu orang lain. Memang ada angan-angan untuk bertemu dengannya dan hari ini (Khamis) bukan sahaja ada depan mata, malah membantu saya. Ini rezeki daripada ALLAH, Alhamdulillah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!