Tayar motor pun kau kebas!

Kejadian kecurian tayar motosikal di kampung Kubang Batang

Mohd Shazwan melihat motosikalnya yang hilang tayar bersama rim.
Mohd Shazwan melihat motosikalnya yang hilang tayar bersama rim.
A
A
A

TUMPAT - Tak dapat curi motosikal, tayar pun dikebas pencuri dalam kejadian di Kampung Kubang Batang semalam.

Kehilangan tayar bersama rim motosikal Honda C70 itu disedari pemiliknya, Mohd Shazwan Azman, 21, ketika ke garaj rumahnya jam 10 pagi.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat motosikalnya terbalik dan tayar bahagian belakang tiada.

Katanya, dia tidak mendengar apa-apa yang pelik padahal kelmarin jam 4 pagi dia masih belum tidur.

"Mungkin pencuri ini datang jam 5 pagi, satu rim bersama tayar yang sempat diambil.

"Tayar di bahagian hadapannya tidak sempat dicabut dan saya syak dia terkejut ada penduduk lalu di hadapan rumah saya.

"Lagi pun kawasan rumah saya ini adalah laluan penduduk," katanya.

Menurutnya, ini kejadian kedua kecurian kenderaan di rumahnya kerana dua tahun lalu sebuah motosikalnya hilang.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kejadian kecurian rim ini tidak dilaporkan kepada polis dan dia mengalami kerugian RM400.

"Motosikal ini saya gunakan untuk ulang-alik ke sekolah, kena beli rim baru kalau mahu guna semula motor ini," katanya merupakan pelajar Politeknik Kota Bharu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!