Kerajaan habiskan RM2 juta untuk Flat Teluk Indah

Walaupun telah ditularkan sejak tiga tahun lalu, namun keadaan Flat Teluk Indah masih tetap tidak berubah.
Walaupun telah ditularkan sejak tiga tahun lalu, namun keadaan Flat Teluk Indah masih tetap tidak berubah.
A
A
A

BUTTERWORTH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, P Ramasamy telah mengadakan pertemuan bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai bagi membincangkan langkah-langkah untuk mengatasi isu kebersihan di Flat Teluk Indah baru-baru ini.

Menurutnya, antara langkah penyelesaian yang dibincangkan adalah pelantikan agensi baharu untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di sini.

“Kerajaan Negeri telah membelanjakan hampir RM2 juta untuk membersihkan, membaiki lif dan membayar bil utiliti di pangsapuri ini dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

“Masalahnya, pangsapuri ini masih dalam proses penerimaan (receivership) dan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) tidak efisyen dan efektif dalam pengurusan bangunan,” katanya.

Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II berkata, pelbagai aspek dari Akta Pengurusan Strata telah dikaji dan tindakan akan diambil untuk memperbaiki pengurusan di pangsapuri itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!