Tindakan tegas kepada pihak terlibat isu 'sugar daddy'

Datuk Ahmad Marzuk Shaary
Datuk Ahmad Marzuk Shaary
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary memandang serius isu pelajar universiti terlibat dalam kegiatan ‘sugar daddy’.

Menurut beliau, jika laporan tersebut benar, tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana yang pihak yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

“Kegiatan itu sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan pelajar universiti. Buat masa sekarang kita akan beri kes ini kepada pihak berwajib untuk dilakukan siasatan.

“Jika benar, tindakan akan diambil berdasarkan lunas-lunas undang sedia ada,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Penyerahan Mesin Dialisis oleh PTNB dan Alam Flora di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, mengulas mengenai status agama Illi Najwa, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya telah membuat keputusan untuk menyerahkan sepenuhnya isu tersebut kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memandangkan mereka lebih berhak dan lebih berautoriti mengendalikan kes itu.

Beliau juga menasihati orang ramai agar tidak mengulas mengenai isu itu kerana beberapa perkara perlu diteliti terlebih dahulu sebelum JAINJ mengeluarkan keputusan.

“Semua pihak boleh merujuk kepada Jabatan Mufti Johor bagi mengetahui perkembangan semasa mengenai isu ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!