Flat di Kelantan nampak ‘tua’

Flat Jalan Bayam yang juga antara flat lama di Kelantan.
Flat Jalan Bayam yang juga antara flat lama di Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Walaupun hanya beberapa flat yang dibina di Kota Bharu di sini, namun bangunan tersebut kelihatan usang kerana warna yang pudar.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Din memberitahu, dia menghuni flat tersebut sejak sepuluh tahun lalu dan sepanjang tempoh itu, tiada isu vandalisme berlaku di flat tersebut.

“Kita memang jaga keselamatan dan kebersihan flat ini lagipun ia berada di laluan utama jalan raya ke bandar Kota Bharu. Sebelum ini, timbul juga isu kerosakan kemudahan dan sebagainya, tetapi kita boleh selesaikan dengan baik,” katanya pada Khamis.

Sementara itu, Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Hussin ketika diminta mengulas mengenai isu ini memberitahu, pihaknya mengakui keadaan flat-flat yang ada di sini kebanyakkannya sudah 'uzur'.

Keadaan Flat Buluh Kubu antara flat lama di Kelantan.
Keadaan Flat Buluh Kubu antara flat lama di Kelantan.

Malah Izani berkata, rata-rata flat yang ada sudah 'berusia' dan dibina sejak sejak zaman pemerintahan pentadbir sebelum ini.

"Walaupun semuanya flat versi lama, namun penduduk masih menjaga kebersihan dengan baik. Mereka saling bantu antara satu sama lain dan sebagainya.

"Mungkin kelihatan buruk dan tidak terurus disebabkan konsep lama yang masih tidak berubah. Ada juga antaranya yang kita sedang kosongkan mengikut keperluan audit yang telah dilakukan terhadap bangunan-bangunan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang pasti, kebersihan Insya-ALLAH terjamin sebab memang penduduk di flat sudah sebati dengan gaya hidup beramai-ramai dan sentiasa gotong-royong antara mereka.

"Ini satu sikap yang kita puji sebab mereka sebenarnya membantu memudahkan urusan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menguruskan sampah dan melaksanakan tugas dengan sistematik"katanya.

Dalam pada itu, Izani juga memberitahu, pihak kerajaan negeri sedang merangka beberapa cadangan perumahan yang berkonsepkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi memastikan rakyat mudah untuk berurusan dengan penjagaan kebersihan kediaman mahupun keselamatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!