Saddiq, Azwan Bro perang isu ‘recycle’ polisi

Paparan Twitter antara Saddiq dan Khairul Azwan.
Paparan Twitter antara Saddiq dan Khairul Azwan.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan seterunya, bekas Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun hari ini ‘berperang’ gara-gara isu polisi kitar semula.

Melalui ciapan di Twitter, Khairul Azwan mendakwa kerajaan mengitar semula polisi lama malah banyak membuat pusingan U terhadap janji-janji.

“Retorik PH semakin lapuk dan berulang. Banyak sangat u-turn pada janji. Rakan bisnes lama masih dominasi ekonomi. Malah polisi PH pun kitar semula,” tulisnya semalam.

Namun, kenyataan itu pantas ditepis Syed Saddiq yang juga Ketua Pemuda PH.

“PH kitar semula polisi? Kebebasan media, pengisytiharan harta, had dua penggal untuk Perdana Menteri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas, ‘rakan bisnes lama’ mesti melalui tender terbuka dan kami bukan (kerajaan) kleptokrasi global,” balasnya.

Khairul Azwan membalas lagi dengan menegaskan polisi PH memang dikitar semula.

“Tepukan untuk pendirian anda terhadap menteri yang memiliki sijil palsu. Tapi ya, polisi PH memang dikitar semula.

“Dulu cakap BR1M dedak tapi sekarang ada BSH (Bantuan Sara Hidup). Dulu cakap nak kurangkan kos sara hidup tapi sekarang ada SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan). Dulu cakap nak stabilkan harga minyak tapi sekarang kembali kepada apungan. Rakan bisnes lama masih dominasi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!