Semua sektor ekonomi dibuka, Najib persoal kewajaran SJR
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan sekatan jalan raya (SJR) dalam kawasan bandar yang masih beroperasi sedangkan hampir semua sektor dibuka semula.
Kata Najib, polis boleh menumpukan kepada kawalan sekatan di sempadan negeri berbanding dalam bandar.
Menurutnya, polis juga perlu diberikan masa untuk berehat seketika setelah mengawal tanpa henti selama sebulan.
“Adakah sekatan jalan raya dalam bandar masih praktikal setelah hampir semua sektor dibuka semula untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 suku masak ini?
“Bagaimana pihak polis dalam bandar mampu kawal dan pantau pergerakan trafik yang semakin tinggi ini? Adakah sudah tiba masa untuk hentikan SJR dalam bandar agar trafik lebih berjalan lancar?” Soalnya di Facebook pada Sabtu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!