Kelab Liga-M akur keputusan MFL

Rata-rata kelab Liga Malaysia (Liga-M) menerima baik keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang hanya memberikan mereka tempoh latihan tidak sampai tiga minggu sebelum sepak mula musim ini dilangsungkan pada 5 Mac.

A

Mereka juga memahami sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas sesi taklimat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dengan tempoh persiapan pramusim bermula Isnin ini.

Menurut CEO Kedah Darul Aman (KDA) FC, Khamal Idris Ali, keputusan itu diterima baik selepas mendengar kekangan yang dihadapi MFL dalam memastikan semua aksi Liga- M dapat dihabiskan pada musim ini, selain tarikh kalendar perlawanan antarabangsa yang ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi skuad kebangsaan.

“Melihat beberapa faktor tertentu seperti pasukan kebangsaan juga perlukan ruang untuk membuat persiapan, kami perlu juga memahami atas kepentingan negara serta mengikut suara majoriti lain yang turut bersetuju.

“Kebenaran kerajaan untuk kami jalani latihan dan adakan perlawanan pun cukup menggembirakan. Dalam situasi semasa, pasukan memang tiada pilihan melainkan terpaksa kreatif lakukan persediaan,” katanya menerusi kenyataan daripada MFL.

Sementara itu, CEO Kelantan FC, Norizam Tukiman turut bersyukur Liga-M musim ini tidak ditangguhkan lagi atau dibatalkan.

“Mungkin kalau kita tengok dari segi tempoh persiapan agak suntuk sedikit tetapi yang penting kita sudah jelas bahawa sukan bola sepak boleh berlangsung juga,” katanya.

Pengurus Besar Negeri Sembilan FC Firdaus Bhari berkata jurulatih kecergasan pasukan itu sudah bersedia dengan perancangan untuk memastikan pemain berada di tahap terbaik sebelum sepak mula.

Artikel Berkaitan:

“Melalui nasihat serta pemantauan jurulatih kecergasan dan doktor, pemain mampu berada di tahap kecergasan terbaik semasa latihan,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!