Jurucakap pak menteri
AWANG terkejut juga dengan pendedahan Datuk Hussamuddin Yaacub bahawa ada pegawai menteri yang mengugut akan tarik iklan kalau tak ikut arahan.
Beliau labelkan pegawai seperti ini ‘berotak bingai’. Awang rasa lembut sangat perkataan yang digunakan itu.
Agaknya pegawai ini fikir dia hidup pada zaman dinosaur masih merayau di bumi. Ketua media sudah lama tak dengar arahan semacam itu.
Masa zaman BN dan PH, tak dengar ada ugutan cara itu. Memanglah ada pegawai menteri yang berlagak lebih kuah daripada sudu. Ada yang berlagak lebih hebat daripada menteri. Ada yang tegur kalau berita bosnya tak elok.
Tapi tak sampailah nak ugut tarik balik iklan kalau si polan si polan diberi tempat dalam surat khabar yang sama.
Awang rasa ini sesuatu yang baharu dan sangat memalukan. Mungkin juga kerajaan Abah kena belajar cara kendali media. Banyak sangat masalah dengan maklumat yang cuba disampaikan pada rakyat.
Abah kenalah ingatkan pentingnya hubungan yang baik antara kerajaan dan media. Keadaan media dah banyak berubah.
Kebebasan media jadi tunggak utama sekarang. Media yang bertanggungjawab dan bebas akan bantu kerajaan. Tapi jikalau jenis pegawai gengster ini ada, rosaklah hubungan baik kerajaan dan media.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!