Sambut baik permohonan maaf Ganabatirau

Rizam (tengah) dan Mohd Imran (kiri) ketika sidang media di sidang Dun hari ini.
Rizam (tengah) dan Mohd Imran (kiri) ketika sidang media di sidang Dun hari ini.
A
A
A
SHAH ALAM - Kerajaan perlu bertindak segera dengan mengeluarkan kenyataan lebih adil tanpa sebarang provokasi bagi meredakan ketegangan susulan insiden kekecohan pencerobohan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25.

Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail berkata, pihaknya menyambut baik permohonan maaf terbuka yang dibuat oleh exco, V Ganabatirau.

[ARTIKEL BERKAITAN: http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/kaitkan-orang-islam-exco-gelabah-edit-semula-status-fb-1.908983]

Bagaimanapun menurutnya, tindakan itu sepatutnya turut disusuli oleh pemimpin lain.

"Minta kerajaan ambil langkah segera untuk meredakan keadaan. Tadi kita lihat ada permohonan maaf dari V Ganabatirau, kita nak minta pula peringkat parlimen," katanya kepada pemberita di sidang Dun, hari ini.
Artikel Berkaitan:


Sebelum ini bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan menyarankan untuk melaksanakan perintah berkurung susulan insiden perpindahan tapak kuil yang berlarutan dua malam telah menjadi tidak terkawal.

Beliau berkata, perintah berkurung itu perlu diisytihar Ketua Polis Negeri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!