Lambaian terakhir Siti Masitah

Lokasi mayat Siti Masitah (gambar kecil) ditemui selepas 11 hari hilang.
Lokasi mayat Siti Masitah (gambar kecil) ditemui selepas 11 hari hilang.
A
A
A

PEKAN - Seorang budak lelaki tidak menyangka lambaian Siti Masitah Ibrahim, 11, sambil membonceng motosikal dilihat pada 30 Januari lalu adalah yang terakhir sebelum hilang dan ditemui mati tanpa organ dalaman.

Hafiz Haikal (bukan nama sebenar), 12, berkata, lambaian rakannya yang membonceng menuju ke jalan besar itu sebagai membalas lambaiannya kira-kira jam 5.30 petang.

"Saya dalam kawasan sekolah sedang jalani latihan bola tampar dan ternampak dia naik motor. Saya sempat melambai kepadanya dan dia pun membalasnya.

"Saya tak sangka lambaian Siti Masita sambil membonceng motor menuju ke jalan besar adalah lambaian terakhirnya," katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah mengesyaki apa-apa salah laku disebabkan dirinya mengenali individu yang menunggang motosikal dengan mangsa.

"Walaupun terserempak tapi saya tidak nampak muka mangsa dan yang bersamanya sebab pakai helmat. Tapi saya kenal yang duduk belakang itu Siti Masitah dan yang bersamanya adalah lelaki yang dikenali.

"Masa saya melambai saya tak syak apa-apa sehinggalah dapat tahu semalam bahawa mayat yang dijumpai berhampiran kawasan sini adalah mayat kawan saya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Madrasah Islamiah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, guru mengaji, Mohd Salleh Ibrahim, 29, berkata ketiadaan Siti Masitah di Madrasah Islamiah menimbulkan kesunyian terhadap dirinya dan rakan-rakan sekelas.

Artikel Berkaitan:

"Dia seorang yang sangat rajin dan tidak pernah ponteng kelas mengaji bagus budaknya. Dia akan selalu bertanya jika dia tidak tahu ayat ayat al-Quran yang dia sedang baca.

"Kehilangannya amat terasa. Sekarang ni tempat mengaji ini jadi sunyi tanpa dia kerana dia seorang yang periang dan sering bermain dengan kawan-kawan walaupun dia seorang yang agak pemalu," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak 31 Januari lalu ditemui kira-kira 3km dari rumahnya di Kampung Kemahang, Tanjung Kemahang dipercayai mati dibunuh.

Mayatnya ditemui kira-kira jam 4 petang semalam oleh penduduk kampung yang memburu ayam hutan di kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.

ARTIKEL BERKAITAN:

Budak dibunuh kejam, organ dalaman hilang

Bunuh budak: Seorang lelaki warga asing ditahan

Siti Masitah dibunuh kerana dendam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!