Rakyat wajib patuhi SOP jarak saf solat

Ahmad Marzuk meletakkan sumbangan ke dalam kenderaan penerima sumbangan menerusi agihan secara pandu lalu di Kompleks Purnama, Kota Bharu pada Ahad.
Ahmad Marzuk meletakkan sumbangan ke dalam kenderaan penerima sumbangan menerusi agihan secara pandu lalu di Kompleks Purnama, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Meskipun dipertikaikan sesetengah pihak, rakyat Malaysia wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan berhubung penjarakan saf solat ketika pandemik Covid-19 masih belum reda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan telah mengambil kira pelbagai pertimbangan terbaik sebelum sesuatu SOP itu dilaksanakan di negara ini.

Menurutnya, dalam isu penjarakan bagi saf solat yang diperdebatkan dua ahli panel menerusi media sosial, itu adalah sesuatu yang baik untuk mencerakinkan isu agama namun dalam konteks di Malaysia katanya, rakyat wajib patuh terhadap ketetapan SOP pemerintah.

"Kepimpinan negara sudah membuat keputusan dengan ketetapan SOP saf solat bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

"Bukan kita mahu persoalkan siapa yang memberikan pandangan dan pendirian tetapi apabila kerajaan telah membuat satu keputusan, maka menjadi kewajipan kepada rakyat untuk ikut," katanya ketika ditemui pemberita sempena pelancaran kaunter pandu lalu Musaadah Covid-19 Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama di sini pada Ahad.

Turut berlangsung pada program yang dihadiri Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Kelantan, Mahadi Awang itu ialah majlis penyampaian sumbangan kepada pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Ahmad Marzuk berkata demikian mengulas diskusi ilmiah antara dua penceramah bebas, Syeikh Mohib Khouli dan Dr Rozaimi Ramle mengupas isu 'Jarak Saf Dalam Mendepani Covid-19: Tuntutan Agama atau Pandangan Songsang?' baru-baru ini.

Sementara itu, Ahmad Marzuk berkata, meskipun terdapat pelbagai pandangan dalam isu berkenaan tetapi lebih mengharmonikan sekiranya rakyat patuh dengan SOP ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Bayangkan kalau semua orang nak pakai pandangan masing-masing, saya rasa akan banyaklah corak dan cara solat di masjid," katanya.

Menurutnya, biarpun terdapat pelbagai pendidikan dihujahkan ahli panel dalam pelbagai isu tetapi rakyat perlu mengambilnya dari sudut positif.

"Cuma saya nak pesan, sebagaimana penceramah yang berbeza pendapat di pentas dialog tetapi selepas itu mereka boleh duduk semeja minum bersama," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!